Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata books


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INTERNATIONAL BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE (IBBY)

International Board on Books for Young People (IBBY), sebuah persatuan antarabangsa. Persatuan ini dianggotai oleh karyawan sastera kanak-kanak dan remaja dari negara yang mempunyai program penerbitan serta program gerakan membaca untuk kanak-kanak dan remaja.

SASTERAInstitusi/Organisasi
AMADÍS OF GAUL

Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang

terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan

sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi

cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The

Four Books of the Virtuous Knight Amadís of

Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian

daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh

Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo.

UMUM 
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM 
MALAY-INDONESIAN SYNONYMS

MALAY-INDONESIAN SYNONYMS, kamus pertama yang menerangkan perbezaan antara bahasa Melayu (BM) yang dituturkan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan bahasa Indonesia (BI). Malay-Indonesian Synonyms atau Comparative Dictionary of Malay Indonesian Synonyms, diterbitkan oleh Time Books International, Kuala Lumpur pada tahun 1991. Kamus ini disusun oleh Dr. Leo Suryadinata dan disunting oleh Profesor Dr. Abdullah Hasan.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas