Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. stall at market, fair, etc, gerai; 2. enclosed, partially enclosed area, a. (in the form of a kiosk) pondok: a telephone ~, pondok telefon; b. (in the form of a room) bilik; c. (in the form of a semi-enclosed cubicle) petak: a polling ~, petak mengundi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata booth


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOOTH, JOHN WILKES UMUM 
TARKINGTON, BOOTH

Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis

novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap

sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi

keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah,

Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi

pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900)

yang sentimental dan romantik kepada Penrod

(1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921)

sebuah karya realisme. Karya novel triloginya

berjudul Growth (1927) memaparkan keratan

rentas kehidupan di bandar seperti yang

terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana,

Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi

The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons

(1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam

(1916), dan Seventeen (1916) memaparkan

kegembiraan dan masalah golongan muda.

UMUM 
MARKIEVICZ, COUNTESS

Markievicz, Countess (1868–1927), atau nama

sebenarnya Constance Georgine Gore-Booth ialah

wanita Ireland yang memainkan peranan penting

dalam perjuangan negaranya untuk mendapatkan

kemerdekaan daripada United Kingdom.

UMUM 
SEWARD, WILLIAM HENRY

Seward, William Henry (1801–1872),

berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika

Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861–

1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang

terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi

tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan

calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk

pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet

Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab

kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar

negara, negara-negara Eropah tidak memberi

sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri

Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang

yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada

malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang

lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya

sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden

Andrew Johnson.

UMUM 

Kembali ke atas