POKOK BOTOL | Pokok botol ialah pokok di Australia yang batangnya kelihatan seperti botol. Pokok botol hidup subur di kawasan kering di timur laut Australia. | UMUM | |
BOTOL | Botol ialah bekas untuk mengisi cecair. Kebanyakan botol dibuat daripada kaca atau plastik. Bahan lain yang digunakan untuk membuat botol ialah tembikar dan logam seperti keluli dan aluminium. Botol mempunyai mulut yang sempit dan luas, yang ditutup dengan gabus, penutup kaca, plastik, atau penutup logam. | UMUM | |
TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
KALABAS | Kalabas ialah sejenis labu yang tumbuh pada pokok memanjat di kawasan tropika. Ia ditanam untuk buahnya yang berkulit keras yang digunakan untuk membuat botol air, paip, sudu alat muzik. | UMUM | |
SPERMASETI | Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati daripada kepala paus sperma yang sangat besar. Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini. Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya. Lihat juga Paus sperma. | UMUM | |
LILIN TERA | Lilin tera digunakan untuk menera dan mengegam surat dan dokumen serta untuk mendapatkan teraan daripada meterai (lihat Meterai). Lilin ini boleh dibuat daripada rosin, syelek, turpentin, magnesia, kapur, atau gipsum. Lilin ini juga boleh digunakan untuk mengedap botol dan balang. | UMUM | |
POLIVINIL KLORIDA (PVC) | Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza. Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai mandi, hos, dan bahan penebat elektrik. | UMUM | |
PLASTIK | Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah satu bahan paling berguna yang pernah dicipta. Rumah, sekolah dan sektor perniagaan menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh membuat plastik yang berwarna seperti warna pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada botol dan kain yang lembut. Barangan plastik, terutama yang digunakan oleh sektor perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. | UMUM | |
ULAM | ULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan. Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’. Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk. Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam. Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung. | BUDAYA | Makanan |