| THIELE, COLIN | Thiele, Colin (1920– ) ialah penulis Australia yang dikenali terutamanya kerana buku kanak-kanaknya. Antara buku kanak-kanak tersebut termasuk Storm Boy (1963), February Dragon , (1965), Blue Fin (1969), MagpieIsland (1974), Chadwick’s Chimney (1980), Seashores and Shadows (1985) dan Stories Short and Tall (1989). Cerita Storm Boy dan Blue Fin telah difilemkan. | UMUM | |
| ALDISS, BRIAN W. | Aldiss, Brian W. (1925– ), penulis dan pengkritik fiksyen sains Inggeris. Dia menulis cerita-cerita pendek, novel dan mengkritik karya fiksyen sains. Antara bukunya termasuklah Space, Time and Nathaniel (1957), Non-Stop (1958), The Canopy of Time (1959), Hothouse (1962), The Hand- Reared Boy (1970), novel-novel Helliconia sekitar tahun 1980-an dan The Lurid Glare of the Comet (1986). | UMUM | |
| MORISON, SAMUEL ELIOT | Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean Sea, tentang riwayat hidup Columbus, memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah History of United States Naval Operations in World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947– 1962), The Intellectual Life of Colonial New England (1960), One Boy’s Boston (1962), The Oxford History of the American People (1965), The European Discovery of America: The Northern Voyages (1971) dan The European Discovery of America: The Southern Voyages (1974). | UMUM | |
| WAHI ANNUAR | WAHI ANNUAR (1913-1995), Ketua Satu Ikatan Pembela Tanahair (PETA), pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Haji Awang, manakala nama timangannya semasa kecil ialah Wan Chik. Dia lahir di Kuala Kurau, Perak. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Anglo-Chinese Boy’s School, Parit Buntar. Kemudian dia belajar di King Edward School, Taiping hingga Darjah Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO' | ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937- ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama. Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957). Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur. Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu. | BUDAYA | Tokoh |