Normandy ialah sebuah daerah yang terletak di barat laut Perancis. Ia dinamai sedemikian sempena orang Norse yang menakluk kawasan tersebut pada tahun 800-an. Normandy terletak di sepanjang pinggir Selat Inggeris di antara Picardy dengan Brittany . Bandar-bandar terkenal di Normandy termasuklah Rouen, ibu negeri provinsi lama tersebut; Le Havre, Honfleur, Caen, Bayeux, dan Cherbourg . Penduduk daerah ini terkenal sebagai pelaut dan petani. Petani mengkhusus dalam penghasilan tenusu dan menanam pohon buah- buahan, khususnya epal untuk membuat cider dan brandi. Bijih besi dilombong berhampiran Caen. |