Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bri.gé.dier] | بريݢيديار

Definisi : (brigédier)pegawai yg mengetuai sesuatu briged (pangkatnya lebih tinggi drpd kolonel); ~ jeneral pegawai yg berpangkat antara kolonel dan mejar jeneral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bri.gé.dier] | بريݢيديار

Definisi : /brigédier/, = ~ jeneral pangkat dlm tentera darat yg lebih tinggi drpd kolonel tetapi rendah sedikit drpd mejar-jeneral. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brigedier


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GESTAPU

GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas