| NEW BRITAIN | New Britain, pulau terbesar antara lebih daripada 300 buah pulau di Kepulauan Bismarck, membentuk sebahagian negara Papua New Guinea . New Britain terletak di luar pesisir di timur laut New Guinea. Pulau ini meliputi kawasan seluas 36 500 kilometer persegi. | UMUM | |
| GREAT BRITAIN | | UMUM | |
| KEPULAUAN BRITAIN | | UMUM | |
| PERTEMPURAN BRITAIN | Pertempuran Britain merupakan pertempuran udara yang muktamad semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa udara semata-mata. Mereka percaya bahawa serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force [RAF]). | UMUM | |
| MOGOK UMUM BRITAIN | Mogok umum Britain telah diadakan pada tahun 1926 oleh kebanyakan kesatuan sekerja United Kingdom kerana menyokong Kesatuan Sekerja Pekerja Lombong. Pada tahun 1925, pemilik lombong mencadangkan pemotongan gaji. Pelombong enggan menerimanya. Perdana Menteri, Stanley Baldwin, menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Sir Herbert Samuel untuk menyiasat keadaan di dalam industri tersebut. Suruhanjaya tersebut menyokong pemotongan gaji itu. | UMUM | |
| ENGLAND | England ialah bahagian politik terbesar daripada empat wilayah yang membentuk United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara. Tiga buah bahagian politik United Kingdom, yang biasanya dikenali sebagai Great Britain ataupun Britain sahaja, ialah Ireland Utara, Scotland dan Wales. | UMUM | |
| ORANG SAXON | Orang Saxon ialah orang Jerman yang menyerang Kepulauan Britain kira-kira 1500 tahun yang lalu. Orang Angle dan Jute, yang juga orang Jerman, menyerang Britain pada masa yang sama. Kumpulan ini kemudiannya bersatu dan menubuhkan kerajaan Anglo–Saxon yang berakhir sehingga penaklukan Norman pada tahun 1066 (lihat Penaklukan Norman). | UMUM | |
| ATLANTIC CHARTER | Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada. Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah. | UMUM | |
| SOUTH SEA BUBBLE | South Sea Bubble ialah bencana kewangan yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun 1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan memberi rasuah kepada beberapa orang ahli parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi menyebabkan harga saham melambung naik dari 100 paun ke-1000 paun. | UMUM | |
| DEMOKRAT LIBERAL | Demokrat Liberal ialah nama parti politik yang ketiga besarnya di Britain. Dasar parti ini menekankan hak individu. Parti ini menarik minat rakyat yang mempercayai bahawa perubahan dalam kehidupan di Britain perlu tetapi menolak sosialisme. | UMUM | |