Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bro.kéd] | بروکيد

Definisi : (brokéd)sj kain tebal, berat, biasanya drpd sutera dan ada corak di atasnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bro.kéd] | بروکيد

Definisi : /brokéd/ kain sutera bertenun benang emas atau benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata broked


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN PERKAHWINAN

PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi.

BUDAYAPakaian
PERGAMUM

Pergamum ialah bandar purba agung di barat

Asia Kecil (kini Turki). Ia berkemungkinan diasaskan

beberapa ratus tahun sebelum menjadi pusat

kebudayaan Yunani yang penting pada tahun 200-

an S.M. Raja dinasti Attalid memerintah Pergamum

selepas tahun 263 S.M. Mereka menjemput ahli

falsafah, penulis dan artis ke istana diraja dan

menubuhkan perpustakaan yang besar di bandar

ini. Mereka juga menggalakkan perdagangan dan

pengeluaran tekstil broked dan kertas kulit. Para

pengarca Pergamum mengembangkan gaya

tersendiri dalam mencipta altar yang mengagumkan

yang ditujukan khas kepada Zeus, raja dewa

Yunani. Bandar ini mencapai kemuncak

kegemilangannya semasa pemerintahan Eumenes

II, antara tahun 197 S.M. dan tahun 159 S.M.

UMUM 

Kembali ke atas