BRONKUS | Bronkus, trakea yang terbahagi kepada dua cabang utama dan berakhir ke dalam paru-paru kanan dan kiri. Bronkus merupakan sebahagian salur pernafasan. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |
PROSTAGLANDIN | Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan lain-lain organ badan. Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli sains telah mengenal pasti lebih daripada 20 prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak versi yang telah diubahsuai. | UMUM | |
BRONKOSKOP | Bronkoskop ialah alat yang digunakan untuk memeriksa salur udara dan tiub bronkus paru-paru. Ia terdiri daripada salur berongga dengan sistem cahaya dan cermin. | UMUM | |
BRONKITIS | Bronkitis ialah keradangan lapisan mukus pada laluan udara dalam paru-paru. Keradangan menyebabkan laluan ini – dinamakan bronkus – menambah pengeluaran mukus, yang kemudiannya dibatukkan. | UMUM | |