Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brooke


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAUSSIG, HELEN BROOKE

Taussig, Helen Brooke (1898–1986) ialah

doktor Amerika yang pakar dalam bidang penyakit

jantung kanak-kanak. Dia menjumpai kecacatan

besar yang menyebabkan warna biru pada kulit

bayi biru (lihat Bayi biru ).

UMUM 
BROOKE , SIR JAMES

Brooke, Sir James (1803–1868), Rajah Sarawak

yang pertama.

UMUM 
BROOKE, RUPERT CHAWNER

Brooke, Rupert Chawner ( 1887–1915) ialah

penyair British yang namanya dikaitkan dengan

Perang Dunia I.

UMUM 
BROOKE, LEONARD LESLIE

Brooke, Leonard Leslie (1862–1940),

pelukis potret dan pelukis

cat air Inggeris yang

terkenal kerana buku

bergambarnya.

UMUM 
BROOKE, ANTHONY

Brooke, Anthony (1912-   ), Rajah Sarawak. Beliau lahir pada 10 Disember 1912.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK

GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK, gerakan menentang keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain. Keputusan Brooke diambil tanpa mendapat persetujuan rakyat Sarawak, Majlis Negeri dan Tuan Muda Bertram Brooke. Keputusan Brooke bertentangan dengan jaminan Dinasti Brooke bahawa Sarawak adalah hak orang tempatan dan mereka hanya memerintah Sarawak seperti yang diamanahkan dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan 1941, tujuan utama Dinasti Brooke adalah untuk menyediakan Sarawak ke arah kemerdekaan. Gerakan antipenyerahan bertujuan untuk menuntut kembali status Sarawak sebagai sebuah negeri yang merdeka, sama ada di bawah Dinasti Brooke ataupun di bawah kerajaan orang tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABDUL GHAFOR BABA, DATUK PATINGGIABDUL GHAFOR BABA, Datuk Patinggi (1800-1890), pemimpin Melayu Sarawak yang menentang pemerintahan James Brooke. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
RENTAP

RENTAP (? - ?  ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan  Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DAYANG SAHADADAYANG SAHADA, ( ?  -  ?), perintis pelajaran sekular Melayu di Sarawak pada abad ke-19. Bersama-sama suaminya, Abang Kasim, dia membuka kelas untuk orang perempuan dan lelaki di rumah bapa mentuanya, Datu Bandar atas galakan Ranee Margaret Brooke, isteri Raja Charles Brooke yang memerintah Sarawak dari tahun 1868 hingga tahun 1917. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LAPORAN BIRU

LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
123

Kembali ke atas