| BROWN, C.C. | pengkaji bahasa Melayu berbangsa Inggeris yang banyak menulis tentang bahasa Melayu. | BAHASA | Tokoh |
| ALCOCK DAN BROWN | Alcock dan Brown ialah perintis penerbangan British yang membuat penerbangan pertama merentasi Lautan Atlantik tanpa henti. Sir John William Alcock (1892–1919), ialah juruterbangnya dan Sir Arthur Whitten Brown (1886–1948) sebagai jurumudi. | UMUM | |
| BLACKWELL, ANTOINETTE BROWN | | UMUM | |
| BROWN, ROBERT | Brown, Robert (1773–1858) ialah doktor dan ahli botani Scotland. Dia menemui nukleus dalam sel hidup, dan menghuraikan agitasi zarah mikroskop, yang dikenali sebagai gerakan Brown. | UMUM | |
| BROWN, MARCIA JOAN | Brown, Marcia Joan (1918– ) ialah ilustrator buku kanak-kanak Amerika. Dia merupakan pelukis pertama yang memenangi Caldecott Medal sebanyak tiga kali. Dia memenangi pingat itu pada tahun 1955 bagi Cinderella; or The Little Glass Slipper (1954); pada tahun 1962 bagi Once a Mouse (1961); dan pada tahun 1983 bagi Shadow (1982). Brown menerima Regina Medal pada tahun 1977. Dia mengilustrasi cerita pari-pari Hans Christian Anderson The Steadfast Tin Soldier (1953). Dia juga telah menyesuaikan dan mengilustrasi cerita rakyat seperti Dick Whittington and His Cat (1950), The Three Billy Goats Gruff (1957), dan Bun: A Tale from Russia (1972). Brown lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat. Dia menerima Laura Ingalls Wilder Award pada tahun 1992. | UMUM | |
| BROWN, JOHN | Brown, John (1800–1859) ialah radikal Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan. Percubaannya untuk membebaskan hamba telah menyebabkan beberapa orang kehilangan nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865). | UMUM | |
| BROWN, CHRISTY | Brown, Christy (1932–1981) ialah pengarang dan penyair Ireland. Dia menghidap penyakit palsi serebrum semenjak lahir. | UMUM | |
| BROWN, CAPABILITY | Brown, Capability (1715–1783), mengasaskan landskap taman gaya Inggeris. | UMUM | |
| BROWN THRASHER | Brown thrasher ialah burung besar yang menarik di timur Amerika Syarikat dan Kanada. | UMUM | |
| BROWN RECLUSE | Brown recluse ialah labah-labah berwarna keperangan, berbisa yang terdapat di Amerika Syarikat. | UMUM | |