| MULBERI | Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain. Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh angin. | UMUM | |
| NANAS | Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal kerana buahnya yang berjus dan berbau harum. Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan. Thailand menanam lebih banyak nanas daripada mana-mana negara lain. Petani di sana mengeluarkan lebih kurang satu per empat daripada nanas di dunia. | UMUM | |
| STRAWBERI | Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros yang ditanam untuk buahnya yang sedap berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil, putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan pada mulanya dan menjadi merah terang apabila masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk membuat jem, jeli, dan wain. | UMUM | |
| NANGKA | Nangka ialah pokok tropika yang cepat tumbuh dengan buahnya besar dan boleh dimakan. Pokok ini malar hijau dan tumbuh sehingga 15 meter tingginya. Ia mempunyai bunga jantan dan betina yang berasingan. Buahnya boleh mencapai sehingga 27 kilogram beratnya. Ia mempunyai bau yang harum dan isinya berwarna kuning dan bergetah. | UMUM | |
| SLO | Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok renek yang berduri, bercabang yang berkaitan dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah, dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam. Buahnya kurang daripada 13 milimeter diameternya dan digunakan untuk membuat wain, jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo. Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan pemegang alat. | UMUM | |
| KACANG TANAH | Kacang tanah ialah spesies tumbuhan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Kacang tanah merupakan jenis legum, iaitu ia mengeluarkan bijian berkulit yang mengandungi satu atau dua biji kacang di dalamnya. | UMUM | |
| AVOKADO | Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat, bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya. | UMUM | |
| KALABAS | Kalabas ialah sejenis labu yang tumbuh pada pokok memanjat di kawasan tropika. Ia ditanam untuk buahnya yang berkulit keras yang digunakan untuk membuat botol air, paip, sudu alat muzik. | UMUM | |
| PISANG KAKI | Pisang kaki ialah nama bagi lebih daripada 200 spesies pokok kecil yang tergolong dalam famili kayu hitam. Dua spesies ditanam untuk buahnya yang berisi, boleh dimakan, yang juga dinamakan pisang kaki . Spesies ini adalah kaki atau pisang kaki Jepun dan pisang kaki biasa . Kaki berasal dari tengah dan utara China. Ia ditanam secara komersial di China, Jepun, kawasan Mediterranean dan selatan Amerika Syarikat. Ia mempunyai daun yang besar, berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya berwarna hijau kekuningan. Pisang kaki biasa berasal dari tenggara Amerika Syarikat. | UMUM | |
| BOYSENBERI | Boysenberi ialah sejenis beri hitam. Buahnya yang masam, banyak jusnya, berwarna merah wain hingga hampir hitam tumbuh pada pokok menjalar. | UMUM | |