Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buang] | بواڠ

Definisi : ; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buang] | بواڠ

Definisi : ; ~ air besar berak. ~ air darah disenteri. ~ air kecil kencing. ~ daerah (negeri) hukuman mengeluarkan seseorang dr daerah (negeri) asal dan tidak dibenarkan pulang kerana melakukan kesalahan. ~-~ air cirit-birit. membuang 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; mensia-siakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. membuangkan membuang utk orang lain. pembuangan perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buang

Puisi
 

Kalau nak hujan hujan sekali,
     Boleh saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
     Boleh saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Kain lama dicampak buang,
     kain baru pula dicari.

Bermaksud :

Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL

RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (?  -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BUANG ANCAK

BUANG ANCAK,  amalan menyajikan makanan kepada hantu.  Ini merupakan salah satu warisan kepercayaan masyarakat Melayu lama.  Di Sabah, amalan ini dipanggil ajung.  Makanan tertentu diletakkan dalam sebuah ancak (sebuah bekas yang diperbuat daripada buluh atau kayu) kemudian digantung pada sebatang pokok di tepi hutan dan dibiarkan di situ untuk dimakan oleh hantu.

BUDAYAPerayaan/Upacara
RAFEAH BUANG, DATIN

RAFEAH BUANG, Datin (1948 -     ), penyanyi. Dia lahir pada 25 Julai 1948, di Kampung Pisang, Singapura. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah di Singapura.

BUDAYATokoh
DIAREA

Diarea ialah keadaan yang dicirikan oleh buang

air besar yang lancar dan kerap. Najis biasanya

cair, lembut dan mungkin mengandungi mukus,

nanah atau darah.

UMUM 
RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH

RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH ( ? - ? ), kerabat Sultan Siak yang kedua. Raja Musa atau Tengku Musa adalah putera Tengku Mahmud (Raja Buang, 1723-1760). Ayahandanya, putera kepada Raja Kecil Siak dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah Johor, Sultan Siak yang kedua. Raja Musa adalah cucu saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor, sementara bondanya ialah anak Raja Lelawangsa. Raja Musa adalah penyokong kuat saudaranya, Raja Ismail, yang menjadi pemerintah Siak bergelar Sultan Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BUANGAN

Buangan ialah penyingkiran dari tanah air

sendiri. Orang yang dihukum dengan hukuman

buang negeri disebut sebagai orang buangan.

UMUM 

Kembali ke atas