| BUANG ANCAK | BUANG ANCAK, amalan menyajikan makanan kepada hantu. Ini merupakan salah satu warisan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Di Sabah, amalan ini dipanggil ajung. Makanan tertentu diletakkan dalam sebuah ancak (sebuah bekas yang diperbuat daripada buluh atau kayu) kemudian digantung pada sebatang pokok di tepi hutan dan dibiarkan di situ untuk dimakan oleh hantu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |