BUAYA | Buaya adalah salah satu reptilia terbesar yang masih hidup. Buaya, aligator, gavial, dan kayman kelihatan serupa, dan kesemuanya dinamakan <I>famili buayaI>. | UMUM | |
ALIGATOR | Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada kaitan dengan buaya. <I>Aligator Amerika I>hidup di air dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat. <I>Aligator China I>hidup di hilir Lembah Sungai Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat dengan aligator ialah <I>cayman I>di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali sebagai aligator. | UMUM | |
POKOK SEABAD | Pokok seabad ialah nama sekumpulan tumbuhan gurun Amerika yang tergolong dalam famili agave. Ia juga dinamakan <i> agave i> atau aloe ( <i> lidah buaya i> ) <i> Amerika. i> Nama <i> pokok seabad i> berasal daripada salah sangka bahawa tumbuhan ini berbunga hanya sekali dalam 100 tahun. Sesetengah pokok seabad berbunga banyak kali, dan yang lain berbunga hanya sekali dan kemudian mati. Tetapi tiada yang berbunga jarang sekali seperti sekali dalam 100 tahun. | UMUM | |
SETH | Seth, juga dikenali sebagai <I>Set I>, ialah dewa ribut, keganasan, kegelapan dan gurun Mesir purba. Dia juga merupakan dewa haiwan gurun, ular, babi, badak dan buaya. Seth dikenal pasti sebagai haiwan yang mempunyai badan yang panjang seperti anjing liar atau <I>greyhound I>; berleher panjang, bermuncung melengkung, bertelinga segi empat yang tegak serta ekor yang kaku dan bercabang. Seth sering kali digambarkan sebagai bertubuhkan manusia dan berkepalakan binatang. | UMUM | |
REPTILIA | p> Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru. Terdapat lebih kurang 6500 <i> spesies i> (jenis) reptilia, dan ia membentuk satu daripada kelas <i> vertebrat i> (haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara. | UMUM | |
MUAR | Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di bahagian barat negeri Johor yang menghala ke Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya. Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar, iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek, Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga, Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang, Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri Menanti. | UMUM | |
SPESIES TERANCAM | Spesies terancam ialah benda hidup yang terancam oleh <i>kepupusan i>– iaitu kematian semua individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan terancam termasuk <i>running buffalo ceaveri>, sipres <i>Santa Cruz, snakeroot, i>dan banyak spesies kaktus. | UMUM | |
KULIT | Kulit ialah sejenis bahan yang kuat dan mudah lentur, yang diperbuat daripada kulit haiwan. Kulit lembu merupakan sumber utama kulit selain kulit rusa, kambing, babi dan biri-biri yang digunakan dengan meluas. Kulit yang istimewa diperbuat daripada kulit buaya, jerung dan ular. Proses menukar kulit haiwan menjadi barangan kulit untuk membuat objek yang berguna disebut penyamakan. | UMUM | |
SUNGAI LIMPOPO | Sungai Limpopo ialah sungai utama yang mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika (lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”, sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai <i>Sungaii> <i>Buayai>. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut. Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah daripada lelehan air yang sedikit pada musim kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama Sungai Limpopo. | UMUM | |
LAMURI | LAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab <I style="mso-bidi-font-style: normal">NegarakertagamaI> (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar Majapahit | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |