Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : 1. serbuk pd benda-benda yg lapuk: ~ kayu; 2. serbuk drpd benda yg ditumbuk: ~ kopi; membubuk menumbuk hingga halus: ~ kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : sj binatang berkulit keras (sj kumbang) yg suka makan (kayu, buluh, beras, dll): kayu itu tidak dapat dipakai lagi kerana sudah dimakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : ark; membubuk merebus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : nama sj binatang kecil berkulit keras yg suka memakan kayu dsb: Berasnya habis dimakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : benda yg ditumbuk halus-halus spt tepung; serbuk drpd benda-benda yg lapuk: ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubuk

Puisi
 

Ribu-ribu bina langkahku,
     Jikalah bubuk tidak bertulang;
Jika rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPITANKapsyen          :           Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan

 

SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak.  Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang.  Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan.  Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung.  Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya.  Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas