SEGI TIGA | Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya bertemu pada tiga titik yang dinamakan bucu , dan setiap bucu membentuk sudut dengan dua daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah 180º. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ). | UMUM | |
SILINDER | Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal dengan dua tapak secam yang terletak pada satah selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi) silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan, bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat. Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya. Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik. | UMUM | |
NAVY JACK | Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih pada bendera Amerika Syarikat. | UMUM | |
MUSHET, ROBERT FORESTER | Mushet, Robert Forester (1811–1891) ialah ahli kaji logam Inggeris. Pada tahun 1870, dia mempatenkan logam tungsten dan besi keluli yang mempunyai kualiti keras diri. Logam ini amat sesuai untuk dibuat alat mesin kerana ia mengekalkan tepi bucu pemotongan, walaupun berwarna merah kerana geseran. Mushet membantu memperbaik proses Bessemer untuk membuat besi keluli. Dia menemui bahawa logam aloi yang dikenal sebagai spiegeleisen boleh dicampurkan dengan keluli untuk membantu proses pengkarbonan semula besi keluli tersebut. Penemuan ini merintis jalan kepada pembaikan kekuatan besi keluli [lihat Besi dan keluli (Sejarah)]. Mushet lahir di Coleford, Gloucestershire. | UMUM | |
TAPAK SULAIMAN | Tapak sulaiman, juga dikenali sebagai bintang laut, ialah haiwan laut yang berduri kulitnya yang mempunyai unjuran yang tebal bak lengan pada badannya. Kebanyakan spesies tapak sulaiman mempunyai lima “lengan” dan kelihatan seperti bintang lima bucu. Sesetengah spesies mempunyai 40 lengan atau lebih. Tapak sulaiman hidup dalam semua lautan di dunia. | UMUM | |
POLIHEDRON | Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang disempadani oleh empat atau lebih permukaan rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi poligon ini membentuk sempadan polihedron. Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron termasuklah kiub dan piramid. | UMUM | |
SUDUT | Sudut, dalam geometri satah, ialah rajah yang dibentuk oleh dua sinar yang mempunyai titik hujung yang sama. Satu sinar adalah sebahagian daripada satu garisan yang menganjur secara tidak pasti ke satu arah dari satu titik. Titik tempat sinar sesuatu sudut bertemu dinamakan bucu, dan kedua-dua sinar itu sendiri dikenali sebagai sisi. | UMUM | |