SALLEH KAMIL, (1924 – 1998), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura. Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta. Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris. Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa.
Thanks for clicking. That felt good.