Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya Melayu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JURNAL BUDAYA MELAYU

JURNAL BUDAYA MELAYU,   jurnal yang mula diterbitkan oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975, khusus untuk menampung ruang makalah dan kritikan sastera, laporan penyelidikan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera, makalah bergambar tentang kebudayaan Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina serta negara lain.

BAHASAKarya
BATU ACEHBatu Aceh, artifak warisan sejarah dan budaya Melayu yang masih kekal yang menampakkan pengaruh Islam yang disebut juga sebagai batu nisan Aceh. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ORANG KAYA

ORANG KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam budaya Melayu, ‘kaya’ memberi maksud kemewahan yang berkaitan rapat dengan kuasa. Perkataan ‘orang kaya’ seringkali digunakan sebagai gelaran untuk golongan bangsawan seperti Orang Kaya Laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PERTEMUAN DUNIA MELAYU

PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu.  Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya.

SASTERAKarya
KAIN ANTELAS

KAIN ANTELAS, kain yang berkilauan hasil daripada hiasan bahan-bahan logam yang berkilat. Dalam budaya Melayu tradisi, kain antelas selalu dihubungkan dengan kelengkapan pakaian yang indah-indah seperti ‘kain sutera atau satin berkilat-kilat’ dan kain ‘berpanca logam’.

BUDAYAKraf Tangan
PERTUKANGAN

PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin.

BUDAYAKraf Tangan
WASIATWASIAT, perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna menyatakan kehendak atau pesanan terakhir sebelum wafat.  Pengertian yang sama digunakan dalam budaya Melayu, khususnya terhadap peninggalan harta secara bertulis atau lisan.  Dalam ertinya yang umum, wasiat mendapat makna yang khusus dalam kesusasteraan Melayu lama bercorak sejarah.  Mengikut teks bercorak sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai atau Sulatatus Salatin, sudah menjadi  tradisi bagi raja-raja yang memerintah dalam menghadapi saat terakhirnya, berpesan kepada putera pewaris takhta tentang betapa pentingnya bagi putera itu apabila menjadi raja kelak berlaku adil.  Tradisi ini dikatakan ‘wasiat’ terakhir seorang raja kepada bakal penggantinya.BUDAYAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep
PANTUN

PANTUN, genre puisi Melayu tradisional.  Pantun adalah antara bentuk puisi yang tertua dalam tradisi budaya Melayu, selain mantera.  Pantun menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya.  Hampir semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya dalam dialek atau bahasa masing-masing.

SASTERAKonsep
KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA

KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA, kegiatan sambutan Bulan Bahasa yang mula diadakan pada bulan Ogos 1982. Kegiatan ini dianjurkan oleh Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (Majlis Pusat) dengan kerjasama Angkatan Pelukis Aneka Daya, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Singapura, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura dan Dewan Perniagaan Melayu Singapura.

BAHASAKegiatan
12345678910...

Kembali ke atas