Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : adat sopan santun; kesopanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi bahasa

Puisi
 

Kalau udang dibuat gulai,
     Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
     Budi bahasa pengiring diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KITAB KILIRAN BUDI

KITAB KILIRAN BUDI, kamus peribahasa yang disusun oleh W.G. Shellabear dan yang diterbitkan oleh Malaya Publishing Limited (Singapura) pada tahun 1909 dan tahun 1949, dan diterbitkan semula oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1963.

BAHASABahasa
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan
TRI KORO DHARMO

TRI KORO DHARMO, pertubuhan pemuda pelajar sekolah menengah yang memperjuangkan gerakan kebangsaan di Jawa, Indonesia. Tri Koro Dharmo, bererti Tiga Tujuan Suci, ditubuhkan pada 7 Mac 1915 di Jakarta atas daya usaha Satiman Wirjosandjojo, seorang pelajar Sekolah Doktor Jawa. Tri Koro Dharmo yang berpegang kepada tiga prinsip yakni sakti, budi dan bakti bertujuan mewujudkan pertalian antara murid bumiputera sekolah menengah dan sekolah guru. Ahlinya yang terdiri daripada pelajar dari Jawa dan Madura ingin membangkitkan dan mempertajamkan semangat mencintai bahasa dan kebudayaan Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHD. ISMAIL SARBINI

MOHD. ISMAIL SARBINI (1950-    ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu.

SASTERATokoh

Kembali ke atas