Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di.man] | بوديمن

Definisi : berbudi, berakal, bijaksana: keempat-empat hulubalang itu terlalu perkasa lagi ~;kebudimanan ketinggian tingkat bijaksana (murah hati): A. Samad Said terkenal dgn ~ hatinya kpd teman-teman penulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di.man] | بوديمن

Definisi : pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budiman

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT BAYAN BUDIMAN SASTERAKarya
HIKAYAT RAJA BUDIMANHIKAYAT RAJA BUDIMAN, sastera hikayat yang berasal daripada sastera rakyat atau cerita lipur lara. Hikayat ini terdapat dalam tulisan Jawi (cetak batu) dan diterbitkan oleh The American Mission Press, Singapura pada tahun 1896.SASTERAKarya
SUHAIMI HAJI MUHAMMAD

SUHAIMI HAJI MUHAMMAD (1934-     ), penyair.  Dia lahir pada 8 Februari 1934 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.  Dia menggunakan nama pena seperti Suria Negara, Pengeran Budiman, William Plomer, S.S. Hutagalung, Raden Suhama dan Prem Adinata.

SASTERATokoh
CERITA BERBINGKAI

CERITA BERBINGKAI, cerita yang mempunyai satu cerita pokok yang menjadi bingkai atau dasarnya, kemudian terdapat beberapa cerita sisipan sebagai bantuan. Cerita ini ialah hasil sastera asing yang diterjemah dan disadur ke dalam sastera Melayu. Cerita atau hikayat berbingkai ini sangat terkenal dalam kesusasteraan India, Parsi dan Arab. Mengikut R.O. Winstedt cerita tersebut telah timbul dan dikenal oleh bangsa Melayu sejak abad ke-16 lagi. Pada umumnya, cerita tersebut menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cerita berbingkai yang terkenal dalam sastera Melayu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Panca Tanderan, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas