TINGKAP | Tingkap ialah bukaan pada dinding atau pintu untuk membolehkan cahaya dan udara masuk ke dalam ruang tertutup. Istilah ini juga boleh merujuk kepada kaca yang diletakkan pada bukaan demikian. Satu atom lebih kepingan rata kaca yang dinamakan kaca tingkap menutupi kebanyakan tingkap. Palang yang dinamakan mullian mengikut kaca tingkap dalam kedudukannya. Kaca tingkap dan mullian dipasang dalam rangkai yang dinamakan bingkai. | UMUM | |
SISTA | Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang mengandungi bendalir dan tidak mempunyai bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut (struktur bak beg yang mengelilingi rambut) tersumbat. Sesetengah sista terbentuk di sekeliling bahan asing yang memasuki badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman biasanya disebabkan oleh perkembangan organ yang tak normal. Sista dibuang melalui pembedahan. | UMUM | |
LIANG ROMA | Liang roma ialah bukaan halus pada kelenjar kulit. Kelenjar ini adalah seperti karung kecil yang terdapat jauh dalam kulit. Sel di dalam karung ini mengeluarkan peluh jika kelenjarnya adalah kelenjar peluh, dan mengeluarkan minyak jika kelenjarnya adalah kelenjar sebum. | UMUM | |
MULUT | Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut membantu kita minum dan mengambil makanan. Di dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris yang satu lagi, untuk mengunyah dan menghancurkan makanan hingga lumat supaya boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur, yang bercampur dengan makanan yang dikunyah. Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan makanan kering dan membantu penghadaman gula. Lihat Air liur. | UMUM | |
PLIQUE-Á-JOUR | Plique-á-jour merupakan sejenis enamel yang halus buatannya. Enamel akan disapu pada bukaan objek untuk disadurkan agar ia kelihatan seperti tingkap kaca berwarna yang kecil. | UMUM | |
MEGAFON | Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai ganti megafon. | UMUM | |
KUPU-KUPU MAHARAJA | Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8 sentimeter. | UMUM | |
KUPU-KUPU GALA MAHARAJA | Kupu-kupu gala maharaja hidup di timur Australia dari utara Queensland hingga ke Tasmania. Dengan bukaan sayapnya sehingga kira-kira 12 sentimeter, ia kelihatan seperti kelawar apabila ia terbang mengelilingi lampu di jalan pada waktu malam. Kebanyakannya berwarna kekuningan malap. | UMUM | |
KELUANG | Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30 sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah. Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan. | UMUM | |
KLARINET | Klarinet ialah alat woodwind (tiup kayu). Kebanyakan klarinet diperbuat daripada kayu. Alat ini terdiri daripada satu tiub yang mempunyai mouthpiece pada satu hujung dan bukaan berbentuk loceng pada hujung yang satu lagi. Klarinet mempunyai lubang jari terbuka dan lubang lain yang ditutupi tuas logam kecil dikenali sebagai kekunci. | UMUM | |