MUHAMMAD BUKHARI LUBIS | MUHAMMAD BUKHARI LUBIS (1953- ), penulis dan sarjana kesusasteraan bandingan sufi Inggeris-Arab-Parsi-Turki. Dia lahir pada 16 Ogos 1953 di Makkah. Dalam penulisan, dia menggunakan nama pena H.M. Bukhari Lubis, Rizi S.S. dan A.S. Bagindo. Muhammad Bukhari Lubis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak, kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Tarbiyah Islamiyah, Sekolah Izzuddin Shah dan Kolej Islam Kelang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan dari UKM pada tahun 1977, ijazah Sarjana Perbandingan Sastera Arab-Parsi dari University of Chicago pada tahun 1980 dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Perbandingan Sastera Sufi Arab-Parsi-Turki dari University of California, Berkeley pada tahun 1989. Dia bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM sejak tahun 1977. | SASTERA | Tokoh |
BUKHARI AL-JAUHARI | Bukhari al-Jauhari ( ? – ?) ialah pengarang kitab Tajus Salatin atau Mahkota Segala Raja-raja. Kitab ini dikarang pada tahun 1603 dan mempunyai pengaruh yang kuat pada zamannya. | UMUM | |
SYED MOKHTAR AL-BUKHARI | Tokoh korporat | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BUSTANU'S-SALATIN | BUSTANUS US-SALATIN, kitab sastera Melayu klasik yang bermaksud Taman Raja-raja. Kitab ini dikarang oleh Syekh Nuruddin ar-Raniri pada tahun 1638 atas perintah Sultan Iskandar Muda, Acheh. Malah dikatakan kitab ini dilahirkan untuk menyaingi Tajus-Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Dibandingkan dengan Tajus-Salatin yang hanya memmpunyai nilai keagamaan, Bustanus-Salatin pula mempunyai kedua-duanya iaitu nilai-nilai keagamaan dan sejarah. Bahkan nilai sejarah mempunyai peranan terpenting dalam karya ini. | SASTERA | Kitab |
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK | HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BUKHARIY, ABU ‘ABDULLAH AL- | Bukhariy, Abu ‘Abdullah al- (194–256 H./810– 870 M.), imam, hafiz, dan pengarang kitab al-Jami‘ al-Sahih, yang dikenali juga dengan nama Sahih al-Bukhariy. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Isma‘il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah, al-Bukhari, Abu ‘Abdullah. | UMUM | |
TAJUS SALATIN | TAJUS SALATIN, kitab daripada genre sastera ketatanegaraan. Tajus Salatin menjadi pegangan kepada raja dan pembesar negara Islam mentadbir negara masing-masing. Tajus Salatin juga dikenal dengan nama Mahkota Segala Raja-raja. Terdapat beberapa pendapat mengenai pengarang sebenar kitab ini. Menurut R.O. Winstedt, kitab ini adalah hasil kesusasteraan Parsi dan pengarangnya ialah seorang jauhar (saudagar permata) dari Bokhara. Kitab ini disadurnya ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 di Aceh. Rouffiaer (seorang sarjana Belanda) mengatakan bahawa jauhar adalah Johor dan fakta ini diperkuatkan lagi oleh Roorda van Eijsinga yang mengatakan pengarangnya adalah Bokhari dari Johor. Berdasarkan pendapat ini, pengarang Tajus Salatin dipercayai ialah Bukhari al-Jauhari, seorang tokoh kesusasteraan Melayu klasik yang hidup pada awal abad ke-16. pendapat lain juga dikemukakan oleh Hooykaas, Ronkel, Valentyn dan de Hollander. | SASTERA | Karya |