BUKIT PUTERI | BUKIT PUTERI, kubu pertahanan. Bukit ini terletak lebih kurang 728 km ke selatan Kuala Sungai Terengganu. Bukit ini merupakan kubu pertahanan bagi sultan-sultan yang memerintah Terengganu daripada serangan musuh, sama ada dari dalam mahupun luar negeri pada zaman lampau. Antara istana yang didirikan berhampiran dengan bukit ini termasuklah Istana Maziah, iaitu Istana Sultan Mansur Syah II dan Istana Hijau. Ketinggian bukit ini lebih kurang 152 m dengan keluasan 688 hektar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II | Kapsyen : Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |