NEPAL | Nepal ialah negara yang terletak di selatan tengah Asia . Banjaran gunung yang paling tinggi di dunia – Himalaya – dan wilayah bukit-bukau dan lembahnya meliputi 80 peratus kawasan Nepal. Tarai (atau Terai) – ialah kawasan dataran sungai yang rata dan subur di sepanjang sempadan India – meliputi selebihnya kawasan negara tersebut. | UMUM | |
ANKARA | Ankara (pend. 2 559 500), ibu negara Turki. Ia merupakan bandar kedua terbesar selepas Istanbul. Ankara merupakan pusat pemerintahan Turki. Bandar ini terletak di kawasan bukit-bukau di bahagian barat-tengah Turki. Untuk lokasi Ankara, lihat Turki ( peta politik). | UMUM | |
PERTH | Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak 3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus penduduk Australia Barat tinggal di Perth. | UMUM | |
SUNGAI DNEPR | Sungai Dnepr ialah salah satu sungai terpanjang di Eropah. Ia dieja Dnyapro dalam bahasa Belarus, Dnipro dalam bahasa Ukraine. Sungai Dnepr mengalir melalui satu kawasan penting. Ia bermula di bukit-bukau Valdai, berhampiran bandar Smolensk di Rusia. Ia mengalir ke selatan sepanjang 2285 kilometer melalui Rusia, Belarus, dan Ukraine. Ia kemudian mengalir ke Laut Hitam. Ibu negara Ukraine, Kiev terletak di tebing sungai ini. | UMUM | |
SCALAWAG | Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika. Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna. Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga, dan peladang yang menentang perpisahan (pengunduran) daripada kesatuan sebelum peperangan. Orang Scalawag yang lain, kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat orang scalawag yang mendapat keuntungan peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup. Orang Scalawag membantu membangunkan semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan undang-undang yang membolehkan golongan kulit hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa semula di Selatan. | UMUM | |
LENGGONG | LENGGONG, kawasan petempatan yang terawal di Semenanjung Malaysia sejak 34 000 tahun dahulu. Lenggong terletak di daerah Hulu Perak dan merupakan sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Sungai Perak mengairi kawasan ini. Di lembah ini terdapat lapan kompleks batu kapur serta beberapa kawasan terbuka yang penting yang telah membuktikan bahawa kawasan ini telah didiami orang sejak 34 000 tahun dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PARAGUAY | Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke selatan dan membahagikan negara tersebut kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun, dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang subur dan hutan tebal. | UMUM | |
BUKIT GOLAN | Bukit Golan ialah kawasan berbukit-bukau di penjuru barat daya Syria. Cerun baratnya yang curam, menghadap ke Laut Galilee dan Sungai Jordan di Israel. | UMUM | |
BOLIVIA | Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan padang rumput dan paya berselerak merentasi sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian besar bukit bukau terletak di antara pergunungan Andes dan dataran tanah pamah ini. | UMUM | |
ACAPULCO | Acapulco (pend. 515 374) secara rasmi dikenali sebagai Acapulco de Juárez, ialah pelabuhan dan juga bandar percutian di Mexico. Pemandangannya yang indah, dan iklim sederhana panas menjadikannya salah satu tempat percutian yang paling popular di dunia. Ia terletak di atas bukit bukau berhutan di sepanjang pelabuhan semula jadi yang dalam di pantai Pasifik Mexico. Bandar ini terletak kira-kira 300 kilometer ke barat daya Mexico City (lihat Mexico [peta politik]). | UMUM | |