ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
PROBET | Probet. Apabila seseorang meninggal dunia, wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat probet secepat mungkin selepas kematian orang yang membuat wasiat yang dikenali sebagai pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan, mahkamah biasanya akan mengeluarkan pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika wasiat itu tidak dibuat. | UMUM | |
SYIAH IMAM DUA BELAS | Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna ‘Ashariyyah ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan mereka juga lebih berhak untuk menjadi pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli Sunnah. | UMUM | |
GANGGA NEGARA | GANGGA NEGARA, kerajaan Melayu kuno di Perak. Kewujudan kerajaan tersebut tercatat dalam sumber Yunani purba, India, China dan Arab-Parsi tetapi sehingga kini amat sedikit, malahan hampir tiada langsung bahan-bahan, bertulis ataupun bukti-bukti arkeologi yang secara pasati dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara. Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Gangga Negara bererti negeri di tepi sungai. Namun begitu catatan Ptolemy dalam bukunya, Georaphike Huphegesis, yang ditulis sekitar tahun 150 M, ada menyebut nama Coconagara yang secara fonetiknya seakan-akan perkataan Gangga Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAKMAL POLIS | Makmal polis ialah makmal tempat pakar menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola kesan darah berhampiran mayat boleh menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan. Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat, cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis yang besar menyelenggara makmal sendiri. | UMUM | |
MATA FOLSOM | Mata folsom, sejenis mata lembing prasejarah, bukti pertama yang menunjukkan bahawa manusia tinggal di Amerika Utara pada Zaman Ais. | UMUM | |
KREASIONISME SAINTIFIK | Kreasionisme saintifik ialah suatu fahaman bahawa kebanyakan bukti menunjukkan dunia ini bermula melalui tindakan penciptaan. | UMUM | |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
SETINGGAN | Setinggan ialah orang yang tinggal di atas sebidang tanah tetapi tidak mempunyai hak milik atau apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa dia memiliki tanah berkenaan. Dalam sesetengah kes, seseorang setinggan boleh membuat tuntutan yang sah terhadap tanah tertentu sekiranya tidak ada orang lain yang mempunyai tuntutan yang sah di sisi undang-undang terhadap tanah yang sama. Pada beberapa zaman tertentu dalam sejarah, para peneroka telah menjelajah ke kawasan yang belum diduduki dan kemudiannya menuntut hak milik terhadap tanah tersebut. Di Australia dan di Amerika Syarikat, ramai setinggan menduduki tanah yang belum lagi disukat ataupun diukur dan yang belum pernah mempunyai sebarang hak milik. Mereka mendirikan rumah dan membersihkan tanah berkenaan. Dengan berbuat demikian, mereka percaya bahawa mereka telah beroleh hak untuk membeli tanah berkenaan pada harga yang minimum apabila kerajaan menjualnya. | UMUM | |
MAGELLAN, FERDINAND | Magellan, Ferdinand (1480?–1521) ialah kapten laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya memberikan bukti positif yang pertama bahawa bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi perancangannya yang imaginatif dan kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling besar dalam sejarah. | UMUM | |