DEJONG, MEINDERT | DeJong, Meindert (1906–1991) ialah penulis buku cerita kanak-kanak. Hasil karyanya yang terkenal termasuklah The Wheel on the School (1954) dan Journey from Peppermint Street (1968). | UMUM | |
KESUSASTERAAN UNTUK KANAK-KANAK | Kesusasteraan untuk kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis: kesusasteraan yang ditulis khas untuk pembaca muda – dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat remaja – dan kesusasteraan yang pembaca muda telah gunakan untuk diri mereka sendiri. Lebih daripada 100 000 jenis buku yang berlainan diterbitkan pada setiap tahun untuk kanak-kanak, iaitu pembaca berbahasa Inggeris sahaja, dari buku bergambar, puisi, dan cerita rakyat sehinggalah novel dan buku pengetahuan. United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mempunyai pengaruh yang besar terhadap buku kanak-kanak di seluruh dunia, tetapi hampir kesemua negara mempunyai tradisi mereka sendiri yang mungkin jadi jauh berbeza tradisinya. Di India dan Afrika, sebagai contoh, kanak-kanak berkongsi cerita lisan dengan orang dewasa. Hanya apabila negara itu telah dijajah oleh orang Eropah, maka barulah cerita ditulis dan dibahagikan kepada cerita untuk kanak-kanak dan cerita untuk orang dewasa. | UMUM | |
THIELE, COLIN | Thiele, Colin (1920– ) ialah penulis Australia yang dikenali terutamanya kerana buku kanak-kanaknya. Antara buku kanak-kanak tersebut termasuk Storm Boy (1963), February Dragon , (1965), Blue Fin (1969), MagpieIsland (1974), Chadwick’s Chimney (1980), Seashores and Shadows (1985) dan Stories Short and Tall (1989). Cerita Storm Boy dan Blue Fin telah difilemkan. | UMUM | |
ARDIZZONE, EDWARD | Ardizzone, Edward (1900–1979) ialah penulis dan pelukis Inggeris. Dia adalah penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang telah banyak menerima hadiah. Dia menulis cerita kembaraan yang di dalamnya dimasukkan lukisan-lukisan yang bukan sahaja ceria tetapi juga melucukan. Ardizzone juga telah melukis gambar untuk buku yang ditulis oleh pengarang lain. Kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 buah. | UMUM | |
PETER PAN | Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie berjudul The Little White Bird (1902). Barrie mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904). Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir James Matthew. | UMUM | |
STEVENSON, ROBERT LOUIS | Stevenson, Robert Louis (1850–1894) ialah novelis, penulis esei, dan penyair Scotland yang menjadi salah seorang penulis yang paling terkenal di dunia. Cerita pengembaraannya seperti Treasure Island dan Kidnapped sudah lama menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Esei dan buku kembaranya dianggap sebagai model gaya prosa Inggeris yang sofistikated, manakala puisinya yang lembut dan mudah seperti A Child’s Garden of Verses merupakan karya yang terbaik dalam sastera kanak-kanak. | UMUM | |
BROWN, MARCIA JOAN | Brown, Marcia Joan (1918– ) ialah ilustrator buku kanak-kanak Amerika. Dia merupakan pelukis pertama yang memenangi Caldecott Medal sebanyak tiga kali. Dia memenangi pingat itu pada tahun 1955 bagi Cinderella; or The Little Glass Slipper (1954); pada tahun 1962 bagi Once a Mouse (1961); dan pada tahun 1983 bagi Shadow (1982). Brown menerima Regina Medal pada tahun 1977. Dia mengilustrasi cerita pari-pari Hans Christian Anderson The Steadfast Tin Soldier (1953). Dia juga telah menyesuaikan dan mengilustrasi cerita rakyat seperti Dick Whittington and His Cat (1950), The Three Billy Goats Gruff (1957), dan Bun: A Tale from Russia (1972). Brown lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat. Dia menerima Laura Ingalls Wilder Award pada tahun 1992. | UMUM | |
PIKTOGRAF | Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar. Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba menyampaikan mesej mereka melalui piktograf. Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek dan juga masyarakat Orang Asli Amerika. Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak- kanak sedang memegang buku, yang mewakili seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu cerita dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan perkataan semata-mata. | UMUM | |