Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British, telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman. Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania (kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa, menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh. “Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea (1902) dan Famous Imposters (1910). |