Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan
utama di Oxford University, England. Perpustakaan
ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih
daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak
cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap
buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah
diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya
perpustakaan ini memerlukannya.
Akiva ben Joseph (50?–135 M.) ialah rabai yang
banyak mempengaruhi perkembangan undang-undang
Yahudi. Dia menekankan peri pentingnya
setiap orang Yahudi mempelajari Torah, iaitu lima
buku pertama Bible.
SEJARAH ALAM MELAYU, satu siri karya persejarahan Melayu moden. Buku ini sebanyak lima jilid dan telah dihasilkan antara tahun 1925 hingga tahun 1939. Buku ini ditulis oleh Abdul Hadi Hassan dan Yusof Adil yang lebih dikenal dengan nama Buyong Adil. Daripada lima jilid itu, tiga jilid daripadanya adalah hasil penulisan Abdul Hadi, sementara Jilid IV dan Jilid V pula adalah karya Buyong Adil. Kedua-duanya pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak. Karya mereka adalah yang pertama sekali memakai judul tersebut dalam persejarahan rantau ini, sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain.
ILMU MENGARANG MELAYU, buku bahasa karya Za’ba yang pertama kali terbit pada tahun 1934 dalam tulisan Jawi. Kini buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi (1947, 1949, 1951, 1952 dan 1956) dan dua kali dalam tulisan Rumi (1962 dan 1965).
Thanks for clicking. That felt good.