Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan penuh (14 hingga 15hb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan kelihatan penuh pd tanggal 14 atau 15. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bulan yg bulat penuh (spt pd 14 atau pd 15 haribulan menurut bulan Islam): di bawah sinar bulan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan purnama

Puisi
 

Lima belas bulan purnama,
     Embun sudah di daun padi;
Kalau sudah sebut nama,
     Berasyik rindu di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUN FATIMAHTUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka.  Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.  Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik.  Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”.  Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir.  Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik.  Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PRAMBANAN

Prambanan ialah nama yang diberikan kepada

sekumpulan kuil Hindu berhampiran dengan

Yogyakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Kuil-kuil ini

dibina pada tahun 800-an M. Pada malam bulan

purnama, salah satu halaman luar kuil ini digunakan

sebagai teater terbuka untuk pertunjukan drama

puisi epik Ramayana. Lihat Ramayana.

UMUM 

Kembali ke atas