MIKI, TAKEO | Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974 hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal- Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet (Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu. Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti tersebut. | UMUM | |
KEATON, BUSTER | Keating, Paul (1944– ), menjadi perdana menteri Australia pada bulan Disember 1991 hingga tahun 1996. Pada bulan Mac 1996, Parti Buruh pimpinan Keating dikalahkan dalam pilihan raya kebangsaan oleh Parti Liberal. | UMUM | |
KEATING, PAUL | Keating, Paul (1944– ), menjadi perdana menteri Australia pada bulan Disember 1991 hingga tahun 1996. Pada bulan Mac 1996, Parti Buruh pimpinan Keating dikalahkan dalam pilihan raya kebangsaan oleh Parti Liberal. | UMUM | |
HARI RAYA AIDIL FITRI | Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan, kesyukuran dan kegembiraan umat Islam selepas berjaya menyempurnakan ibadat puasa yang diwajibkan selama sebulan pada bulan Ramadan. | AGAMA | Perayaan/Upacara |
NAZARBAYEV, NURSULTAN | Nazarbayev, Nursultan (1940– ) ialah presiden Kazakhstan yang dilantik pada bulan Disember 1991. Kazakhstan yang sebelumnya merupakan republik dalam Kesatuan Soviet, mengisytiharkan kemerdekaan sebaik-baik sahaja selepas pilihan raya. | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, KERAJAAN. | Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994, selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen memilih presiden yang akan menjadi ketua kerajaan , menguasai penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat. | UMUM | |
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY | Terowong Pelabuhan Sydney , di New South Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun, termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik. Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan Ogos 1992. | UMUM | |
MULRONEY, BRIAN | Mulroney, Brian (1939– ) ialah perdana menteri Kanada dari tahun 1984 hingga tahun 1993. Mulroney telah dipilih sebagai ketua Parti Konservatif Progresif pada bulan Jun 1983. Sebelum dia menjadi ketua parti tersebut, Mulroney ialah peguam dan eksekutif perniagaan dan tidak pernah memegang jawatan awam. Walaupun demikian, dia berjaya memimpin Parti Konservatif hingga memenangi pilihan raya tahun 1984. | UMUM | |
SAMOSET | Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang Asli Amerika suku Pemaquid dan mula berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621, Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan Plymouth dengan muncul di jalan raya serta mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit, ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada John Brown, salah seorang peneroka di situ. | UMUM | |
THATCHER, MARGARET | Thatcher, Margaret (1925 – ), Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Pada tahun 1991, dia dinaikkan ke taraf bangsawan dengan gelaran Baroness Thatcher. Thatcher merupakan wanita pertama memegang jawatan perdana menteri, dan berkhidmat lebih lama sebagai perdana menteri berbanding dengan mana-mana orang British tahun 1900-an. Thatcher dilantik menjadi ketua Parti Konservatif pada tahun 1975. Dia menjadi perdana menteri setelah partinya mengalahkan Parti Buruh dalam pilihan raya umum pada bulan Mei 1979. | UMUM | |