ABERDEEN, EARL OF | Aberdeen, Earl of 1784–1860) ialah Perdana Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui bahawa negara mereka tidak bersedia untuk berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap berita itu. | UMUM | |
SYAWAL | Syawal ialah bulan ke-10 mengikut takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima, iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M. | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |
BULAN | | UMUM | |
BULAN ISLAM | Bulan yang teah ditentukan oleh Allah S.W.t. berdasarkan pusingan satelit bulan yang bergerak mengelilingi bumi. | AGAMA | Konsep |
GERHANA BULAN | Gerhana bulan, fenomena yang berlaku apabila bulan memasuki bayang bumi pada fasa bulan penuh. | FIZIK | Peristiwa |
RABIULAKHIR | Rabiulakhir ialah bulan keempat mengikut takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulakhir kira-kira pada tahun 412 M. Semasa zaman Kilab ibn Murrah, iaitu moyang kelima Rasulullah s.a.w., bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir juga dikenali sebagai Rabi’ayni (dua Rabi’). | UMUM | |
BULAN SABIT | Bulan sabit ialah lambang yang menyerupai bulan peringkat suku pertama. Dalam ilmu asal usul dan lambang kekeluargaan, bulan sabit adalah lambang anak lelaki kedua dalam keluarga. | UMUM | |
MEI | Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia, Mei adalah salah satu bulan yang paling indah dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim panas belum bermula. Tanaman taman mula bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar. Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika, forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur yang bakal menetas tidak lama lagi. | UMUM | |
MAZOWIECKI, TADEUSZ | Mazowiecki, Tadeusz (1927– ) ialah perdana menteri Poland dari bulan Ogos 1989 hingga bulan November 1990. | UMUM | |