DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |
AL-IMAM | AL-IMAM, majalah bulanan agam Islam bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906. | SASTERA | Konsep |
QALAM | QALAM, majalah bulanan bertulisan Jawi. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Julai 1950 hingga bulan Ogos 1969. Majalah ini diterbitkan oleh Qalam Press Limited, Singapura. Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (1950 - 1968), Abdullah Basmeih (1950 - 1965) dan Syed Jaafar Albar (1955). | SASTERA | Penerbitan |
POETRI HINDIA | POETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. Poetri Hindia diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PETRI MELAYU | PETRI Melayu, majalah bulanan khusus untuk kaum wanita. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Jun 1947. pengusaha majalah ini ialah Yahya Ariff. Majalah ini diterbitkan di Kuala Kangsar, Perak dan dicetak oleh Penang and Straits Company, Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
DEWAN SASTERA | DEWAN SASTERA, majalah bulanan sastera yang pertama diterbitkan di Malaysia, bertujuan membina dan mengembangkan sastera Malaysia. Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur ini buat pertama kalinya diterbitkan pada 15 Januari 1971. Mulai keluaran Jun 1986, penerbitannya ditukar daripada pertengahan bulan kepada setiap awal bulan. Sesuai dengan sifatnya sebagai majalah yang khusus membicarakan tentang kesusasteraan, maka slogan yang digunakan ialah ‘Peneroka Sastera Kreatif’. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
DEWAN MASYARAKAT | DEWAN MASYARAKAT, majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam. | SASTERA | Penerbitan |
DEWAN BUDAYA | DEWAN BUDAYA, majalah bulanan yang menjadi wadah dan forum pemikiran dan perbincangan khusus tentang seni budaya. Majalah ini mengandungi 60 halaman berukuran 21 cm x 28 cm diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979. Majlis pelancarannya dilakukan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 Januari 1979 oleh Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia. | SASTERA | Penerbitan |
DEWAN PELAJAR | Dewan Pelajar, majalah bulanan untuk bacaan golongan pelajar. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Januari 1967 dengan harga 40 sen senaskhah. | SASTERA | Karya |
UTUSAN FILEM DAN SPORTS | UTUSAN FILEM DAN SPORTS, majalah bulanan yang diterbitkan oleh Yusuf Ishak dari Utusan Melayu Press Ltd. 185A dan B, Cecil Street, Singapura. Majalah bertulisan Jawi ini mula diterbitkan pada tahun 1949. Ia mengandungi 36 halaman dan dijual dengan harga 30 sen senaskhah. | SASTERA | Penerbitan |