Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lang] | بولڠ

Definisi : 1. kain dll yg dililitkan pd kepala; ~ bidang sj tengkolok hitam; ~ hulu a) ikat kepala, tengkolok; b) sl kekasih; tali ~ tali yg dililitkan di kepala sbg ganti kain; 2. pengikat taji; ~ atas cara mengikat taji yg sama parasnya dgn susuh; ~ bugis cara mengikat taji pd jari belakang; ~ cipai cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ dagang cara mengikat taji pd kaki kiri sepanjang susuh; ~ golok cara mengikat taji antara jari; ~ jangkil cara mengikat taji pd jari yg terkecil; ~ kanan cara mengikat taji pd kaki kanan sepanjang susuh; ~ lepas cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil; ~ panggang cara mengikat taji di atas taji; ~ tiga jari cara mengikat taji pd ketiga-tiga jari muka; ~ tunjuk cara mengikat taji pd jari depan yg di luar; ~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib); bulang-bulang sesuatu yg dililitkan pd kepala;berbulang 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; membulang 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah;terbulang terikat taji; ~ ayam betina prb orang yg dianggap berani dll, tetapi teryata sebaliknya;bulangan lilitan (ikatan); pembulang (orang dll) yg membulang; kerbau ~ tali prb orang yg berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lang] | بولڠ

Definisi : ; ~-baling baling-baling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lang] | بولڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga kertas, Bougainvillea; 2. = bulangan sj tumbuhan (pokok), Gmelina spp.; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Smythea paciflca; ~ gajah (hitam, kecil, tikus) sj tumbuhan (pokok renek), Canthium horridum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lang] | بولڠ

Definisi : 1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulang

Puisi
 

Orang mengail di Teluk Bulang,
     Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
     Nyawa tersangkut di hujung kuku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN HUSIN SYAHSULTAN HUSIN SYAH (  ?  -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN ( ? -1825), Temenggung Seri Maharaja Johor, putera Daeng Kechil atau Engku Abdul Hamid. Dia dilantik sebagai Temenggung Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) pada tahun 1806, memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau sekitarnya. Pada mulanya dia tinggal di Bulang, tetapi pada tahun 1811, Temenggung Abdul Rahman bersama-sama keluarga dan pengikutnya berpindah ke Singapura. Temenggung Abdul Rahman mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Daeng Ronggek atau Daeng Ibrahim, yang kemudiannya menjadi Temenggung Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN ALI

WAN ALI (  ?  -1856), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1806-1857).  Dia juga dikenal dengan panggilan Tun Ali.  Wan Ali menjadi Bendahara Seri Maharaja di Pahang pada tahun 1806, apabila Sultan Mahmud Syah dari Riau-Lingga melantik Temenggung Abdul Rahman (anak Daeng Kecil) pada tahun 1806 sebagai Temenggung Seri Maharaja untuk memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau yang mengelilinginya dengan ibu negerinya di Bulang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas