SULTAN HUSIN SYAH | SULTAN HUSIN SYAH ( ? -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN | TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN ( ? -1825), Temenggung Seri Maharaja Johor, putera Daeng Kechil atau Engku Abdul Hamid. Dia dilantik sebagai Temenggung Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) pada tahun 1806, memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau sekitarnya. Pada mulanya dia tinggal di Bulang, tetapi pada tahun 1811, Temenggung Abdul Rahman bersama-sama keluarga dan pengikutnya berpindah ke Singapura. Temenggung Abdul Rahman mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Daeng Ronggek atau Daeng Ibrahim, yang kemudiannya menjadi Temenggung Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN ALI | WAN ALI ( ? -1856), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1806-1857). Dia juga dikenal dengan panggilan Tun Ali. Wan Ali menjadi Bendahara Seri Maharaja di Pahang pada tahun 1806, apabila Sultan Mahmud Syah dari Riau-Lingga melantik Temenggung Abdul Rahman (anak Daeng Kecil) pada tahun 1806 sebagai Temenggung Seri Maharaja untuk memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau yang mengelilinginya dengan ibu negerinya di Bulang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |