JALAN BULATAN BESAR | | UMUM | |
BULATAN ANTARTIK | Bulatan Antartik ialah garisan bayangan yang membentuk sempadan utara Antartik. Titik pada Bulatan Antartik terletak pada garisan lintang selatan 66°30’ selatan, lebih kurang 2620 kilometer dari geografi kutub selatan. | UMUM | |
BULATAN | Bulatan ialah lengkungan penuh pada permukaan yang rata. Kesemua penjuru lengkungan sama jaraknya dari titik yang terletak dalam lengkungan. Titik ini dikenali sebagai pusat. | UMUM | |
BULATAN ARTIK | Bulatan Artik ialah garisan bayangan yang merentasi bahagian utara Kanada, Alaska, Rusia dan Scandinavia. | UMUM | |
PI | Pi ialah nisbah lilitan satu bulatan kepada diameternya. Nisbah ini sama bagi setiap bulatan dan mempunyai nilai lebih kurang 3.14159. Ia diwakili oleh huruf Yunani ð (pi) . | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
TIANG BATU ROLLRIGHT | Tiang batu Rollright ialah sekumpulan kira-kira 60 batang tiang batu yang membentuk satu bulatan yang garis pusatnya lebih kurang 30 meter. Ia terletak di atas sebuah bukit di atas perkampungan Long Compton, di Oxfordshire, England. Ia juga dikenali sebagai King’s Men . Tiang yang terbesar dalam bulatan ini melebihi 2 meter tinggi. Tiang batu Rollright ini telah dibina pada awal Zaman Gangsa. Berhampiran dengannya terdapat peninggalan sebuah kamar perkuburan yang dibina pada zaman yang sama, yang dikenali sebagai Whispering Knights . | UMUM | |
DIAMETER | Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis lurus segmen yang merentas di tengah-tengah bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk garisan segmen. | UMUM | |
MURMANSK | Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi, lihat Rusia, (peta politik). | UMUM | |
DAYA EMPARAN | Daya emparan, selalu didefinisikan sebagai daya yang menarik sesuatu objek keluar apabila ia bergerak di dalam bulatan. | UMUM | |