BULUH | | UMUM | |
KISAR | KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ANYAMAN | Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SUMPITAN | Sumpitan ialah pembuluh di mana damak beracun atau bebola tanah liat ditiupkan melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat dengan membuat lubang dalam galah kayu. Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2 meter panjang, dan dipasang muncung dan alat untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus untuk menyumpit burung dan monyet di hutan tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan. | UMUM | |
KENDO | Kendo, seni mempertahankan diri Jepun yang menggunakan sejenis pedang yang diperbuat daripada buluh, dikenali sebagai shinai. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
TAKIN | Takin ialah mamalia bertelapuk yang besar yang berkaitan rapat dengan kambing, biri-biri dan lembu kesturi. Ia hidup di tengah, barat dan barat daya China, di Myanmar dan di Himalaya. Ia tinggal di hutan buluh yang tebal dan di belukar rodondendron di cerun yang curam, berceranggah. | UMUM | |
MENSIANG | Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi bahagian tengah mensiang biasanya boleh dibuang, meninggalkan tiub berongga yang bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk membuat alat muzik. | UMUM | |
BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SENI BINA MELAYU | SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja. Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah. | BUDAYA | Disiplin Ilmu |
ANGKLUNG | ANGKLUNG, alat muzik tradisional Indonesia yang diperbuat daripada buluh. Permainan angklung telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Sunda di Jawa Barat untuk memeriahkan upacara seperti menuai,’turun bumi’ dan ‘seren taun’. Permainan angklung dalam upacara tersebut adalah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan sambil menyanyi dan menari. | BUDAYA | Konsep |