Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM SURIA

Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali

sebagai matahari dan segala objek yang bergerak

mengelilinginya. Sistem suria mengandungi:

(1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit

(bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini;

(2) objek seperti planet yang dikenali sebagai

asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali

sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas

beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah

yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara

planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma

yang secara berkumpulan membentuk perantaraan

antara planet.

UMUM 
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 
PEKANBARU

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia.  Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa.  Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau.  Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik.  Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LAUT

Laut, air masin yang menggenangi sebahagian besar muka bumi. Lebih 70% permukaan bumi ini mengandungi air dengan hampir 97% terdiri daripada air laut dan lautan, 2.5% dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier, dan hanya kira-kira 1% air tawar serta air dalam bentuk wap.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
DARAT

DARAT, suatu konsep ruang fizikal masyarakat Melayu yang berorientasikan bentuk muka bumi dalam hubungannya dengan ruang baruh. Biasanya, bahagian darat adalah muka bumi yang lebih tinggi yang berhubungan dengan bahagian yang lebih rendah, iaitu baruh dan juga bahagian yang mungkin mengandungi bentuk berbukit-bukit. Di antara kedua-dua bentuk ruang bumi ini, biasanya dipisahkan oleh ciri-ciri lembah, sungai ataupun paya.

1">          

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 
BUSUT SEMUT

Busut semut ialah timbunan tanah yang dihasilkan oleh semut sebagai tempat tinggal dan tempat pembiakannya. Sesetengah busut semut tingginya kira-kira 1 m dan diameternya melebihi 3 m.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

1">           

BUDAYAProses/Tindak Balas
CERITA ASAL USUL

CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.

1">           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas