TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama <i> Tbilisi i><i> i>bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai <i> Tiflis i>, namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
SUNTING MALAR | Kapsyen1"> :1"> Sunting malar SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu. Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala. Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini. Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PERANG KEDAH-SIAM | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839. Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala. Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian. Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
TERATAI | Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan tempat adalah telipuk Mesir. Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros yang lebarnya mungkin 30 sentimeter. Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2 meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya kembang di atas permukaan air. Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir, India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis Mesir purba. | UMUM | |
MAHJUNG | Mahjung juga dieja <I>mah jong I>atau <I>mah-jong I> ialah sejenis permainan orang Cina yang berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M. Mahjung sama dengan permainan <I>rummyI>, iaitu sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun, sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136 buah piawai yang terdiri daripada buah angin, buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga 9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai lapan buah bonus yang mewakili bunga dan musim. | UMUM | |
SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
KELUANG | Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30 sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan lebih sesuai dikenali sebagai <I>kelawar buahI>. Ia juga memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah. Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan. | UMUM | |
SENDUDUK | SENDUDUK (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Malastoma malabathricumI> daripada famili <I style="mso-bidi-font-style: normal">Melastomataceae)I>, pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |