Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ungkapan yg terdiri drpd kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) utk memperindah percakapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga bahasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YUDA,YUDA,  kumpulan cerpen karya Zaen Kasturi.  Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1992 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Yuda mengandungi 17 buah cerpen iaitu “Warna Katarsis”, “Taman Uzlah”, “Bukan Agitasi Bandel”, “Pertemuan Sukma”,  “Nurzina”, “Detak Arloji”, “Sat Malangkaii”, “Matatih Nur”, “Kinanti”, “Warawiri”, “Kata”, “Menyeadap Madu Bunga Bunga Tongkeng”, “Musim Yuda” dan “777”.SASTERAPenerbitan
KEKWA

Kekwa adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba renek berbau kuat yang

tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana.

Pekebun menanamnya untuk bunganya yang

cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada

musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam

bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak

bunga satu-satu membentuk setiap kuntum.

Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan

dengan membuang tunasnya dengan cermat.

Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya

berbeza-beza warnanya daripada putih atau

kuning hingga kepada samar atau merah.

UMUM 
TBILISI

Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia.

Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan

Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia

mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir

tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh.

Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas

dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya

dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa

Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur

Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar

Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan

seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi

meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit,

jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah

persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan

kereta api.

UMUM 
SUNTING MALARKapsyen          :           Sunting malar

 

SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu.  Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala.  Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini.  Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas