BUNGA RAYA | BUNGA RAYA, (hibiscus rosa-sinensis linn, daripada famili Malvaceae), tumbuhan perhiasan yang dijadikan bunga kebangsaan Malaysia. Pokok bunga raya dikatakan mempunyai asal usul di Timur Jauh (iaitu di China serta Jepun) dan Kepulauan Pasifik. Pada masa ini pokok perhiasan ini ditanam di keseluruhan kawasan Tropika dan separa Tropika bahkan terkenal di negara berhawa sederhana sebagai tanaman hortikultur di rumah kaca. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
BUNGA RAYA, | BUNGA RAYA, (hibiscus rosa-sinensis linn, daripada famili Malvaceae), tumbuhan perhiasan yang dijadikan bunga kebangsaan Malaysia. Pokok bunga raya dikatakan mempunyai asal usul di Timur Jauh (iaitu di China serta Jepun) dan Kepulauan Pasifik. Pada masa ini pokok perhiasan ini ditanam di keseluruhan kawasan Tropika dan separa Tropika bahkan terkenal di negara berhawa sederhana sebagai tanaman hortikultur di rumah kaca. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
KAMPUNG HULU | KAMPUNG HULU, kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OKRA | Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender” ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya yang belum matang, yang digunakan untuk memasak stew, untuk memekatkan sup dan memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5 meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas. Ia berasal dari Afrika. Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus . | UMUM | |
TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |