Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nga.bu.nga.an] | بوڠا - بوڠاءن

Definisi : 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nga.bu.nga.an] | بوڠا - بوڠاءن

Definisi : 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga-bungaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKSTRAK

Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan

tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan,

herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan.

UMUM 
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
KAIN SEBAI

KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas.

BUDAYAKraf Tangan
BURBANK, LUTHER

Burbank, Luther (1849–1926), pembiak baka

tumbuhan, pekerja tapak semaian dan ahli

hortikultur Amerika. Dia memperkenalkan dan

menghasilkan banyak buah-buahan, sayur-sayuran,

bunga-bungaan dan rumput-rampai yang baharu.

UMUM 
ARBUTUS

Arbutus ialah nama yang diberikan kepada

beberapa pokok malar hijau daripada famili heath .

Kebanyakannya adalah pokok renek atau pokok. Di

timur dan tengah Kanada, serta di Amerika Syarikat,

arbutus yang paling terkenal ialah arbutus menjalar ,

pokok menjalar berbunga putih atau merah jambu

yang wangi. Di New England, ia dinamakan

mayflower . Pilgrim Fathers dikatakan telah

memberikan nama ini. Pokok strawberi berasal dari

barat daya Eropah, tetapi telah diperkenalkan

sebagai pokok hiasan di banyak kawasan. Ia tumbuh

dari tiga hingga sembilan meter, berbunga putih

atau merah jambu dan buahnya berbentuk

strawberi dan sebesar strawberi.

Pengelasan saintifik: Arbutus menjalar tergolong

dalam famili heath , Ericaceae . Ia dikelaskan sebagai

Epigaea repeus . Pokok strawberi ialah Arbutus unedo .

Lihat juga Bunga (gambar; Bunga-bungaan di

hutan jarang dan hutan).

UMUM 
PERTUNJUKAN DIRAJA EASTER

Pertunjukan Diraja Easter yang dianjurkan

oleh Persatuan Pertanian Diraja di New South Wales,

Australia , adalah pameran pengeluaran pertanian,

penternakan, tenusu perindustrian dan komersial.

Tapak pertunjukan meliputi 28.75 hektar di Moore

Park, Sydney. Pertunjukan pertandingan lembu,

kambing, kuda, babi, anjing, kucing, ayam itik, bunga-

bungaan, sayur-sayuran, seni dan kraf tangan,

menarik banyak penyertaan.

UMUM 

Kembali ke atas