Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.ting] | بونتيڠ

Definisi : 1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUNTING

Bunting ialah nama burung kecil, berparuh kuat,

dan memakan biji dalam famili burung cakar yang

hidup di seluruh Hemisfera Utara.

UMUM 
BUNTING SALJI

Bunting salji ialah burung bak burung pipit di

utara Amerika Utara.

UMUM 
BUNTING BIRU NILA

Bunting biru nila ialah burung nyanyi Amerika

Utara.

UMUM 
DIKSISEL

Diksisel ialah burung bunting dalam famili

burung cakar dan pipit (lihat Bunting).

UMUM 
KELADI LEMBAYUNG

Keladi lembayung atau keladi bunting ialah

tumbuhan yang tumbuh terutamanya di kawasan

tropika di dunia. Ia terapung di tasik, sungai, dan

paya dan tumbuh setinggi kira-kira 60 sentimeter

tingginya di atas air. Ia mempunyai sebanyak 38

kuntum bunga ungu yang berkelompok di

sekeliling bahagian atas batangnya.

UMUM 
YELLOWHAMMER

Yellowhammer ialah nama bagi burung

bunting yang hidup di Eropah. Ia adalah burung

istimewa, lebih kurang 16 sentimeter panjangnya,

dengan ekornya yang agak panjang. Burung jantan

mempunyai kepala dan dada berwarna kuning

terang dengan tanda-tanda berwarna gelap.

UMUM 
BURUNG CAMAR

Burung cakar ialah istilah umum bagi mana-mana

satu burung nyanyi kecil yang memakan

bijian. Burung cakar termasuk burung bunting,

burung cakar emas, dan burung grosbeak.

UMUM 
BURUNG CAKAR

Burung cakar ialah istilah umum bagi mana-mana

satu burung nyanyi kecil yang memakan

bijian. Burung cakar termasuk burung bunting,

burung cakar emas, dan burung grosbeak.

UMUM 

Kembali ke atas