Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; ~ diri mengambil nyawa sendiri dgn sengaja; hukum ~ hukum mati (dgn dipancung, digantung, ditembak, dll); berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan): pd zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;membunuh 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya; Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dsb);bunuhan 1. (orang dll) yg dibunuh; 2. bahagian lukah yg di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap); pembunuhan perbuatan membunuh;pembunuh 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; berbunuh-bunuhan saling mencuba mematikan lawan: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunuh

Peribahasa

Salah cencang memberi pampas,
     salah bunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUKUM BUNUH UMUM 
BUNUH DIRI

Bunuh diri ialah tindakan membunuh diri

sendiri dengan sengaja.

UMUM 
BUKAN BUNUH DIRI

BUKAN BUNUH DIRI,  drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri.  Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MONTE CASSINO

Monte Cassino ialah biara di Itali terletak di

antara Rom dan Naples. Di sini Saint Benedict

menubuhkan mazhab Benedictine, Roman Katolik.

Lebih kurang pada tahun 529 M., Saint Benedict lari

daripada hukuman bunuh dan bersembunyi dalam

bandar Cassino yang telah musnah. Kemudian

Saint Benedict dan pengikutnya membina sebuah

biara di tempat tinggi di bandar tersebut. Mazhab

Benedictine di Monte Cassino mencapai kemuncak

pengaruhnya dari tahun 1058 hingga tahun 1087.

Rahib Desiderius, yang kemudian menjadi Pope

Victor III memerintah Monte Cassino pada masa

itu. Para rahib dan biarawan di Monte Cassino

menghasilkan manuskrip dan lukisan yang terkenal

di seluruh dunia. Pada tahun 1071, sebuah gereja

baru telah ditahbiskan. Ia dinamakan katedral pada

tahun 1321.

UMUM 
SAFIYYAH BINT HUYAY

Safiyyah bint Huyay (?–50 H. / ?–670 M.), salah

seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. Nama

sebenarnya ialah Safiyyah bint Huyay ibn Akhtab. Dia

berasal daripada keturunan Yahudi Bani Nadir yang

tinggal di Madinah. Dia diusir dari Madinah bersama

kaumnya ke Khaybar. Ayahnya telah bekerjasama

menyokong kumpulan Ahzab untuk menentang

orang Islam dan telah dihukum bunuh bersama Bani

Qurayzah. Safiyyah dikahwini oleh Salam ibn

Mashkum al-Qarziy dan kemudiannya bercerai.

Seterusnya dia dikahwini oleh Kinanah ibn al-Rabi‘ al-

Nadriy. Kinanah terbunuh dalam Perang Khaybar

pada tahun ketujuh Hijrah apabila tentera Islam

mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Safiyyah ialah salah seorang tawanan perang

tersebut. Dia dimiliki oleh Dahiyyah ibn Khalifah al-

Kalbiy tetapi Rasulullah s.a.w. membebaskannya lalu

diislamkannya dan dikahwininya. Hadith yang

diriwayatkannya daripada Rasulullah adalah sedikit

iaitu 10 hadith. Dia meninggal dunia di Madinah pada

zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah. Lihat Isteri-

isteri Rasulullah s.a.w.

UMUM 
PARLIMEN LANJUT

Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi

Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa

rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.

Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya

pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula

dengan perbalahan secara langsung dengan Raja

Charles I, kemudian bersidang semula semasa

Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke

atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa

kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya

dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada

Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.

UMUM 
ATAHUALPA

Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa,

ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam

tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki

takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah

mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa

enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai

yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian.

Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh

lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak

bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan.

Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan

perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak

dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun

1533.

Lihat juga Inca (Sejarah).

UMUM 
AEROPAGUS

Areopagus ialah majlis tertua dan paling

dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara

ternama yang memegang jawatan sebagai archon,

salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens,

ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada

sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa

pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira

pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru,

Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas

Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan

tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan

ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih

mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk

mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana

boros, biadab atau melampau. Majlis archon

dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of

Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat.

Lihat juga Solon .

UMUM 
SULEIMAN I

Suleiman I (1494–1566), menjadi terkenal di dunia

Barat sebagai “The Magnificent” tetapi di kalangan

rakyatnya sendiri sebagai “The Lawgiver”. Baginda

adalah pemerintah ke-10 Empayar Uthmaniyyah.

Baginda mengetuai bala tenteranya menyerang

Hungary, dan menyerang kubu Vienna. Di Asia,

tenteranya menyerang Parsi (Iran), dan menawan

Tabriz dan Baghdad. Angkatan laut Suleiman

menguasai Laut Mediterranean, Laut Merah dan

Teluk Parsi. Kelasi-kelasinya menguasai Afrika Utara

dan menyerang pantai Sepanyol, Perancis, dan Itali.

Suleiman menawan pulau Rhodes daripada

Kesateria Saint John. Baginda menyemak semula

sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah. Baginda

bergaduh dengan beberapa orang anaknya dan

menghukum bunuh dua daripadanya.

UMUM 
PERTEMPURAN HUTAN TEUTOBUNG

451

tentera sampai ke garisan Perancis, tentera British

menembak, mengisi peluru menembak semula dan

menyerbu dengan benet dan pedang. Askar

Perancis berundur dalam suasana kelam-kabut.

Wolfe terbunuh dalam tembakan pertama.

Montcalm, yang cuba mengumpulkan tenteranya

turut tercedera pada masa itu. Dia diusung untuk

kembali ke Quebec tetapi meninggal dunia

beberapa jam kemudian. Dalam masa 15 minit

sahaja, nasib empayar Perancis di Amerika telah

ditentukan.

Perjanjian Paris pada tahun 1763 mengurangkan

kesemua tanah jajahan Perancis di Amerika Utara,

kecuali dua buah pulau kecil berhampiran pantai

Newfoundland , St. Pierre dan Miquelon.

Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri

pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy

untuk menggulingkan Henry IV dari England. Percy

dan Earl of Worcester mengumpulkan tentera

dengan harapan untuk mendapat sokongan

pemimpin Wales, Owen Glendower. Pada tahun

1403, gabungan tentera Henry IV dan puteranya

Putera Henry telah menyerang Percy sebelum dia

dapat bersatu dengan Glendower. Percy telah

dibunuh dan kebanyakan penyokong utamanya

telah ditawan dan dihukum bunuh. Lihat juga

Percy, Sir Henry.

Pertempuran Stalingrad ialah salah satu

pertempuran yang sangat penting dalam sejarah,

yang membawa kepada titik perubahan dalam

Perang Dunia II (1939–1945). Semasa pertempuran

lima bulan, tentera Soviet menghalang tentera

Jerman daripada menguasai Stalingrad (kini

Volvograd), kawasan perindustrian penting di

Sungai Volga. Kekalahan Jerman di Stalingrad

menamatkan perluasan kuasa Jerman di bahagian

timur Kesatuan Soviet. Tentera Jerman yang

menceroboh terpaksa berundur daripada kawasan

minyak Caucasus dan kawasan rendah Sungai Don.

Semasa pertempuran, tentera Jerman kehilangan

kira-kira 300 000 askar, termasuk kira-kira 90 000

tawanan. Tawanan itu termasuk 24 orang jeneral

Jerman. Salji dan kesejukan menyebabkan Jerman

kehilangan banyak tenteranya.

Angkatan Tentera Darat keenam Jerman

melancarkan serangan terhadap Stalingrad pada 21

Ogos 1942, dari kedudukan kira-kira 65 kilometer

dari Sungai Don. Menjelang 23 Ogos, kereta kebal

Jerman sampai ke Sungai Volga, utara Stalingrad.

Secara perlahan-lahan, mereka meneruskan

perjalanan ke bandar itu.

Pertempuran Hutan Teutobung lihat

Tentera darat (Pertempuran darat yang termasyhur).

UMUM 

Kembali ke atas