MUZIK ELEKTRONIK | Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya dihasilkan secara elektronik. Para penggubah menggunakan peralatan elektronik untuk mengeluarkan bunyi yang mempunyai kelantangan, nada, irama dan alunan yang dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam pita bermagnet atau cakera komputer untuk menghasilkan satu gubahan muzik dan memainkan semula muzik tersebut dengan menggunakan perakam pita yang dilengkapkan dengan pembesar suara. | UMUM | |
PIANO | Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan kelajuan yang tinggi. | UMUM | |
KITTIWAKE | Kittiwake ialah burung camar yang mendapat namanya kerana bunyinya yang menyayukan. | UMUM | |
STONECHAT | Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun rumput dan memakan larva serangga, cacing, kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah ke selatan pada musim sejuk. Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah Saxicola torquata. | UMUM | |
NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang. | UMUM | |
JIKEY | JIKEY, teater tradisional yang menggabungkan unsur lakon, muzik, tari dan lagu yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia, khususnya Perlis dan Kedah. Kesenian ini hampir sama bentuknya dengan makyung yang terdapat di negeri Kelantan. Jikey juga dikenal dengan beberapa nama lain yang hampir sama bunyinya, seperti ‘dikey’ dan ‘likay’. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TUMBUK KALANG | TUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau. Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi. Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan. Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
RUFFED GROUSE | Ruffed grouse ialah burung grouse berbulu tebal di Amerika Utara. Ia terkenal kerana bunyinya seperti bunyi gendang yang dikeluarkan oleh kepak burung jantan. | UMUM | Umum |