BURAN | Buran ialah haiwan laut yang kelihatan seperti bunga anemone. Bentuk badan dan warnanya yang cerah membuat haiwan ini kelihatan seperti tumbuhan. | UMUM | |
TENTAKEL | Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu. Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa sebagai makanan. Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska (Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong . | UMUM | |
KNIDARIA | Knidaria ialah nama sekumpulan haiwan air berbadan lembut. Kumpulan ini termasuk hidra air tawar, hidroid, ubur-ubur, akar bahar, buran laut, dan karang. Haiwan ini membentuk filum (kumpulan besar) yang dinamakan Knidaria. | UMUM | |