JALAN BURMA | | UMUM | |
SUNGAI SALWEEN | Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin, ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein. Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman. | UMUM | |
BURMA | Burma ialah negara di Asia Tenggara. Ia terletak di sepanjang Teluk Benggala. Gunung-ganang bersempadan dengan Burma di barat, utara dan timur. Gunung-ganang ini memagari Lembah Sungai Irrawaddy. Sungai Irrawaddy berpecah kepada banyak muara dan mengalir ke Teluk Benggala, membentuk delta yang besar. Rangoon,
| NU, U | Nu, U (1907–1995) ialah ahli politik dan negarawan Burma . Pada tahun 1930-an, dia merupakan pemimpin gerakan politik pelajar yang menentang pemerintahan kolonial British. Pada tahun 1948, dia menjadi perdana menteri pertama Burma yang merdeka. | UMUM | |
U-THANT | Diplomat Burma (kini Myanmar), Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1962-1971. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MYANMAR | Myanmar lihat Burma. | UMUM | |
THANT, U | Thant, U (1909–1974), diplomat Burma (kini Myanmar ) yang berkhidmat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari tahun 1962 hingga tahun 1971. | UMUM | |
KESATUAN MYANMAR | Kesatuan Myanmar lihat Burma. | UMUM | |
RANGOON | Rangoon (pend. 1 315 964; pend. kaw. met. 2 452 881) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Myanmar (Burma). Rangoon juga pelabuhan utama dan pusat industri negara. Pada tahun 1989, kerajaan Myanmar menukarkan nama bandar raya ini daripada Rangoon kepada Yangon. Rangoon terletak di selatan Myanmar di kedua-dua tebing Sungai Rangoon kira-kira 32 kilometer ke utara Teluk Martaban, sebahagian dari Lautan Hindi. Untuk lokasinya lihat Burma (peta). | UMUM | |
RAPANG KETAM | Rapang ketam ialah burung randuk yang terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna hitam. | UMUM | |