Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ru] | بورو

Definisi : ; buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat: seorang doktor ~ dipanggil; berburu mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;berburu-buru 1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai: orang kampung riuh ~ pencuri yg lari itu; 2. bergesa-gesa, bergegas: penumpang ~ naik bas;memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; terburu = keburu Jk 1. (dapat) dikejar: tak akan ~ oleh kau kereta itu; 2. Jk ki melampau sangat (menghendaki sesuatu dll): ~ nafsu (hati); terburu-buru dlm keadaan tergesa-gesa: fikirkan dgn tenang, jangan ~; buruan orang, binatang atau sesuatu yg diburu: agama juga merupakan ~ jiwa yg berterusan; orang ~ orang yg dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan); binatang ~ binatang yg diburu; perburuan 1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu;pemburuan perihal (perbuatan dsb) memburu;perburu orang yg berburu (binatang): adapun Seri Teri Buana dgn segala laki-laki ~; ~ gajah orang yg berburu gajah;pemburu 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ru] | بورو

Definisi : ; berburu mengejar atau mencari binatang di hutan (sbg pekerjaan): Mereka ~ rusa utk mengambil tanduknya. berburu-buru 1 berlari-lari mengejar: Mereka bersorak-sorak sambil ~ bola. 2 = terburu-buru tergesa-gesa hendak cepat: Ia ~ ke stesen kereta api tetapi terlambat juga. memburu 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. buru-memburu berkejar-kejaran antara satu dgn yg lain; berhambat-hambatan. buruan apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. perburuan 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. pemburuan perbuatan atau hal memburu. perburu orang yg kerjanya berburu binatang. pemburu 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buru

Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PULAU BURUPULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KELUARGA GERILYA

KELUARGA GERILYA, novel karya Pramoedya Ananta Toer.  Novel ini ditulis semasa dia menjalani tahanan politik di penjara Bukit Duri, Pulau Buru,  Indonesia.  Penulisan novel ini selesai pada bulan  Oktober 1949, Keluarga Gerilya diterbitkan pertama  kalinya oleh penerbit Pembangunan, Jakarta, pada tahun 1950 dan cetakan kedua novel ini pada tahun 1955.  Semenjak tahun 1958, novel ini diterjemahkan ke dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Cina dan Rusia.  Seterusnya, cetakan ketiga novel ini diterbitkan  oleh penerbit N.V. Nusantara, Jakarta, pada  tahun 1962.

SASTERAKarya
PHAËTHON

Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera

Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut.

Untuk mengetahui sama ada Helios adalah

bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke

istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk

menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan

menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon,

secara terburu-buru, meminta untuk memandu

rata matahari merentasi langit untuk satu hari.

Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya,

tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak

berupaya mengawal kuda berapi yang menarik

rata tersebut.

UMUM 
PERAHU LAYAR

Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil,

yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah

perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel,

daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga

kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin

stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di

Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot

buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut

mengenai perahu layar, lihat juga Belayar.

UMUM 

Kembali ke atas