Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ruan] | بوروان

Definisi : orang, binatang atau sesuatu yg diburu: agama juga merupakan ~ jiwa yg berterusan; orang ~ orang yg dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan); binatang ~ binatang yg diburu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ruan] | بوروان

Definisi : apa-apa yg diburu: binatang ~ binatang yg diburu; orang ~ orang yg dicari oleh polis kerana melakukan sesuatu kesalahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANJING PENGUTIP HASIL BURUAN

Anjing pengutip hasil buruan ialah anjing

perburuan yang dilatih khas untuk mendapatkan

semula (mencari dan membawa balik) haiwan

buruan yang telah ditembak.

UMUM 
HAIWAN BURUAN UMUM 
ANJING PENGUTIP HASIL BURUAN LABRADOR

Anjing pengutip hasil buruan Labrador

berasal dari Newfoundland di Kanada, bukan

Labrador. Ia dibiakkan di England.

UMUM 
SALMON

Salmon adalah satu daripada ikan makanan dan

ikan buruan yang paling penting. Setiap tahun

manusia di seluruh dunia memakan berjuta-juta tin

salmon samar atau salmon merah. Penangkap ikan

buruan juga menangkap berjuta-juta salmon setiap

tahun.

UMUM 
TARPON

Tarpon ialah ikan buruan yang besar yang

kelihatan seperti ikan hering. Ia hidup di Lautan

Atlantik dari Long Island, New York, Amerika

Syarikat hingga ke Brazil, di Teluk Mexico, dan di

perairan Hindia Barat. Ia banyak terdapat di luar

pantai selatan Atlantik di Amerika Syarikat. Ia juga

didapati di luar pantai di Sepanyol, Portugal, dan

Azores. Tarpon membesar sepanjang 2.5 meter dan

beratnya mungkin 90 kilogram. Isinya kasar dan

tidak diingini untuk dijadikan makanan.

UMUM 
BUSTARD

Bustard ialah burung buruan yang besar yang

hidup di dataran yang kering dan lapang di

semua benua kecuali Amerika. Burung ini paling

banyak terdapat di Afrika, dan saiznya berbeza-beza

daripada sebesar ayam hingga sebesar

ayam belanda

UMUM 
AMBERJACK

Amberjack ialah ikan buruan yang besar,

berenang laju yang terdapat di lautan panas dan

tropika. Mereka yang memancing untuk sukan

menghargai amberjack kerana kebolehannya

melawan dengan garang apabila termakan umpan.

UMUM 
MERSUJI

Mersuji ialah nama sekumpulan ikan buruan

yang besar yang hidup di lautan. Ikan ini berkaitan

dengan ikan lembing dan ikan layar. Kebanyakan

mersuji beratnya dari 20 hingga 180 kilogram,

tetapi sesetengahnya lebih berat lagi.

UMUM 
ANJING SPANIEL AIR AMERIKA

Anjing spaniel air Amerika ialah sejenis

anjing buruan yang berasal dari Amerika Syarikat.

Anjing ini menggempur burung (memaksanya

keluar dari tempat persembunyian) supaya

penembak boleh menembak burung itu. Kemudian

anjing ini akan membawa bangkai burung tersebut

kepada tuannya.

UMUM 
ANJING POINTER

Anjing pointer ialah anjing yang digunakan

untuk memburu kuang bayas dan burung buruan.

Anjing ini dinamakan pointer kerana ia berhenti

sekaku patung apabila tercium bau burung dan

kemudian menghala dengan menghadap ke arah

burung itu, biasanya sebelah kaki depannya

terangkat dan ekornya tertegak dengan kaku

UMUM 
12

Kembali ke atas