PARTI BURUH | Parti Buruh ialah parti politik pertama ditubuhkan di Britain bagi menggalakkan dasar sosialis. Parti Buruh British merupakan salah sebuah parti politik yang terkemuka di negara tersebut. Parti Buruh juga terdapat di negara- negara lain. Rencana ini, sebahagian besarnya mengenai Parti Buruh British dan Ireland. | UMUM | |
TENAGA BURUH | Tenaga buruh ialah sebahagian daripada penduduk sesebuah negara yang bekerja untuk mendapatkan gaji atau mencari kerja secara aktif. Tenaga buruh menghasilkan kebanyakan barang dan perkhidmatan sesebuah negara. Saiz dan produktivitinya membantu menentukan pertumbuhan ekonomi negara. | UMUM | |
PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA | Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization (ILO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan kebajikan pekerja. Kira-kira 150 negara menganggotai ILO. Pada tahun 1969, organisasi ini menerima Hadiah Nobel untuk keamanan kerana usahanya. | UMUM | |
BURUH PAKSA | Buruh paksa ialah ahli kelas petani yang besar yang diperkembangkan pada awal Zaman Pertengahan terutamanya di Eropah. | UMUM | |
BURUH KANAK-KANAK | Buruh kanak-kanak ialah penggajian kanak-kanak sebagai pekerja upah. Ia menjadi masalah sosial yang serius semasa Revolusi Perindustrian di Great Britain pada tahun 1700-an, dan masalah ini merebak ke negara-negara lain apabila negara itu menjadi negara perindustrian. | UMUM | |
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH | Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland secara aman dan memperjuangkan hak sama rata bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak di Belfast. | UMUM | |
MACDONALD, JAMES RAMSAY | MacDonald, James Ramsay (1866–1937), pemimpin kerajaan pertama Parti Buruh di United Kingdom (UK). Dia berkhidmat sebagai perdana menteri bagi Parti Buruh UK yang pertama pada tahun 1924 dan dari tahun 1929 hingga 1935. MacDonald ialah setiausaha Parti Buruh dari awal penubuhan parti tersebut pada tahun 1900 hingga tahun 1912. | UMUM | |
DASAR BURUH NEGARA | Dasar Buruh Negara, dasar yang dibentuk untuk meningkatkan mutu perburuhan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
AUSCHWITZ | Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi menggunakan bilik gas dan cara lain untuk membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah. Auschwitz terletak di Poland, berhampiran sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun 1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland. | UMUM | |